Harta dunia yang dimiliki hanya sementara sahaja. Usahlah ada perasaan iri hati,dengki dan sebagainya kepada sahabat atau ahli keluarga yang kehidupannya lebih baik dari kita.Itu rezekinya, mungkin rezeki kita kemudian hari lebih baik dari itu,siapa tahu?Usaha,doa dan tawakkal kepadaNya, itu lebih baik daripada kita membuang masa, fikirkan dari mana sahabat dapat apa yang dimiliki itu.
Ingatlah:
Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan membakar segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu.
Muhasabah Diri:
Kalau kita beriman dengan Allah,yakin akan keadilanNya mengatur pemberian kepada hamba-hambaNya maka kita tidak akan hasad dengki dengan orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan