Mak aku suka
berleter.Hari-hari dia berleter.Kadang-kadang aku tertanya-tanya sendirian,tak
jemukah dia berbuat demikian.Tapi bila aku imbau kembali,leteran mak semuanya
untuk kebaikan aku.Cuma aku sahaja yang tak boleh menerimanya.
“Adik solat,dengar
azan tak.Jangan buat tak dengar pula,dah masuk waktu ni”,mula-mula perlahan aje
suara mak.
“Kejap…kejap…kejap”,aku
masih dengan sikapku yang suka
berlengah.
“Solat…”,mak mula
meninggikan suara.
“Nanti adik
buatlah,bukan adik tak buat langsung”,jawabku.
Itulah sikapku,sukar
untuk dihakiskan dalam diriku.Aku memang suka bertangguh dalam membuat sesuatu
perkara baik dalam solat atau apa sahaja.Itulah yang menjadi punca leteran mak
untukku setiap hari.
“Kenapalah mak ni suka
berleter,bising aje”,setiap leteran mak,aku anggap sebagai mengganggu
ketenteramanku.
“Mak tak pernah pun
suruh anak-anak mak buat benda-benda yang tak baik.Mak suruh solat,mengaji
Al-Quran.Semua itu untuk kebaikan diri masing-masing”,kata mak.
Dengan leteran mak
setiap hari,membuatkan aku tak betah duduk kat rumah.Bila cuti sekolah
menjelang,aku lebih suka ke rumah mak saudaraku.Aman sikit,taklah kena dengar
leteran setiap hari.
“Bila ajal
menghampiri,malaikat maut tak akan dengar cakap kita.Tak ada perkataan
kejap…kejap…kejap.Siapa kita dengan malaikat”,mak selalu berkata begitu,bila
aku suka bertangguh dalam mengerjakan solat.
Dalam keluargaku,Cuma
aku sahaja yang bersikap sedemikian.Dalam 24 jam sehari semalam,5 kali (Subuh,Zohor,Asar,Maghrib
dan ‘Isyak) juga aku akan mendengar leteran mak.Memang wajib setiap hari mak
akan berleter di antara 5 waktu tu,di tambah lagi dengan suka bangun lewat bila
cuti sekolah menjelang.Kadang-kadang sikap bertangguhku itu menguji kesabaran
mak.Aku tetap melengah-lengahkan waktu solatku.
Bila mak hilang
kesabaran,memang sakit tubuh badanku di kerjakan oleh mak.Mak kata lebih baik
aku dihukumnya kat dunia sebelum aku menerima hukuman di alam barzakh.Ngeri
juga aku bila membayang azab yang bakal aku terima akibat sikapku yang suka
melengah-lengahkan waktu solat.
Aku bukannya tak
tahu,solat 5 waktu wajib bagi setiap umat Islam.Solat juga tiang agama dan
solat juga mencegah kemungkaran.Semuanya aku tahu,tapi aku tetap tak boleh
kikis sikapku yang suka melengah-lengahkan waktu solat.
Kadang-kadang mak dan
ayah aku peerdengarkan aku firman-firman Allah SAW dan sabda-sabda Rasulullah SAW,mengenai
kewajipan solat 5 waktu.Antaranya ialah:
Allah berfirman dalam
surah Hud ayat:114 yang bermaksud:
“Dan
dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian
siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari
waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu
menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi
peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat”.
Firman
ALLAH dalam surah Taha ayat:132:
“Dan
perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah
engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu,
(bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang
baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa”.
Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wassalam juga bersabda:
“ALLAH
telah berfirman,Aku telah memfardukan ke atas umatku
solat lima (waktu).Aku sungguh-sungguh telah berjanji dengan
diriKU bahawa sesiapa yang menjaga solat tepat pada waktunya maka AKU
bertanggungjawab untuk memasukkannya ke dalam syurga.Sebaliknya bagi sesiapa
yang tidak menjaga solat AKU langsung tidak bertanggungjawab ke atasnya”.
(Riwayat
Imam Abu Daud,Ibnu Majah dll).
Sabda
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam:
“Sesiapa
yang menjaga solah maka pada hari kiamat,solatnya akan menjadi nur,pembela dan
penyelamatkan baginya.Sesiapa yang tidak menjaga solatnya,tiadalah baginya
cahaya,pembela dan penyelamat.Pada harii kiamat,dia akan bersama-sama
Firaun,Haman dan Ubai bin Khalaf”.
(Riwayat
Iman Ahmad dan Ibnu Hibban)
Mak
dan ayah juga ada perdengarkan untukku balasan orang-orang yang suka
melengah-lengahkan dan meninggalkan waktu solat.Antaranya ialah:
Rasullullah
Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Jangan
melambat-lambatkan dalam tiga perkara.Pertama:solat,apabila telah masuk waktunya.Kedua:pengebumian
mayat,apabila jenazah sudah disiapkan.Ketiga:mengahwinkan seorang
wanita,apabila jodoh yang sesuai sudah didapati”.
Sabda
Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam:
“Seseorang
yang meninggalkan solat sehingga terluput waktunya,kemudian menqadakan solat
itu maka dia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub.Satu huqub adalah sama
dengan lapan puluh tahun.Satu tahun mengandungi tiga ratus enam puluh hari (di
akhirat) adalah sama dengan seribu tahun (di dunia Ini).
Sesetengah
ulama berkata bahawa terdapat dalam hadis,sesiapa yang menjaga solahnya maka
ALLAH akan mengurniakan limakeistimewaan.
1.Akan
diangkatkan kesempitan hidup di dunia daripadanya.
2.Akan
dihindarkan daripada azab kubur.
3.Dia
akan menerima buku catatan amalnya melalui tangan kanan.
4.Akan
melintasi titian sirat sepantas kilat .
5.Akan
memasuki syurga tanpa hisab.
Sesiapa
meringan-ringankan solat,lima siksaan didunia ini,tiga siksaan di dalam
kubur dan tiga siksaan semasa dibangkitkan dari kubur.
Siksaan
semasa di dunia:
1.Dicabut
keberkatan umurnya.
2.Dihapuskan
tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya.
3.ALLAH
tidak mengganjari setiap amalan yang dilakukan olehnya.
4.Doanya
tidak akan diangkat ke langit (doanya tidak akan diterima).
5.Dia
tidak akan mendapat bahagian dalam doa orang soleh.
Siksaan
yang menimpanya ketika mati ialah:
1.Dia
akan mati dalam keadaan hina.
2.Dia
akan mati dalam keadaan lapar .
3.Dia
akan mati dalam keadaan dahaga,sehingga jika dia diberi minum air sebanyak
lautan di dunia pun tidak akan dapat menghilangkan hausnya.
Siksaan
yang akan menimpa ketika di dalam kubur ialah:
1.Kubur
akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuknya berceragah antara satu sama
lain.
2.Api
dinyalakan di dalam kuburnya dan dia akan dibalik-balikkan di atas bara api
siang dan malam.
3.Seekor
ular yang besar bernama “Ashsyuja ‘ul-Aqra’ “ akan dilepaskan ke
atasnya.Kedua-dua mata ular itu dibuat daripada api dan kuku ular itu dibuat
daripada besi.Panjangnya setiap kuku ular itu sejauh satu hari perjalanan.Ular
tersebut akan berkata dengan suara yang gemuruh seumpama petir, “Aku
Ashsyuja’ul-Aqra.Aku diperintahkan oleh TUHANKU supaya memukul kamu kerana kamu
meninggalkan solat subuh sehingga naik matahari,kerana meninggalkan solat solat
zuhur hingga asar,kerana meninggalkan solat asar hingga maghrib,kerana
meninggalkan solat maghrib hingga ‘isyak,kerana meninggalkan solat ‘isyak
hingga subuh”.Setiap kali ular itu memukulnya,dia akan terbenam ke dalam bumi
sejauh tujuh puluh hasta.Dia akan diazab berterusan di dalam kubur sehingga
hari kiamat.
Manakala
siksaan yang akan menimpanya ketika dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat
dipadang mahsyar ialah:
1.Penghisabannya
amat berat
2.Dia
dimurkai ALLAH.
3.Dia
akan dimasukkan ke dalam neraka.
Ya
ALLAH ngerinya.takut untuk aku menghadapinya.Mendengarnya dah pun
ngeri.tambahlah untuk menghadapinya.Bertambah lagi kengeriaannya.
“Mak,adik minta
ampun,adik janji takkan tinggal dan lewat-lewatkan solat lagi,sesungguhnya adik
takut akan siksaan Allah .Terima kasih mak,terima kasih ayah”.
Leterean mak selama
ini adalah untuk kebaikan diriku jua.TERIMA KASIH MAK,TERIMA KASIH AYAH.MAAFKAN
ADIK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan