Ahad, 30 Mac 2014

DOA DHUHA




Ya Allah
Sesungguhnya waktu Dhuha itu DhuhaMu
Kecantikkannya kecantikkanMu
Keindahannya keindahanMu
Kekuatannya kekuatanMu
Kekuasaannya kekuasaanMu
Perlindungannya perlindunganMu

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit,turunkanlah
Jika di bumi,keluarkanlah
Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah
Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
KecantikanMu
KeindahanMu
KekuatanMu
KekuasaanMu
Limpahkan kepadaku
Segala yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMu yang soleh


MUHASABAH DIRI




Harta dunia yang dimiliki hanya sementara sahaja. Usahlah ada perasaan iri hati,dengki dan sebagainya kepada sahabat atau ahli keluarga yang kehidupannya lebih baik dari kita.Itu rezekinya, mungkin rezeki kita kemudian hari lebih baik dari itu,siapa tahu?Usaha,doa dan tawakkal kepadaNya, itu  lebih baik daripada kita membuang masa, fikirkan dari mana sahabat dapat apa yang dimiliki itu.
Ingatlah:
Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan membakar segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu.

Muhasabah Diri:
Kalau kita beriman dengan Allah,yakin akan keadilanNya mengatur pemberian kepada hamba-hambaNya maka kita tidak akan hasad dengki dengan orang lain.


KASIHNYA IBU MEMBAWA KE SYURGA,KASIHNYA AYAH MASA BERADA





Kasihnya ibu membawa ke syurga…kasihnya ayah masa berada.
Marilah kita bermuhasabah diri….
Tanpa ibu dan ayah,tak mungkin kita berada di dunia ini…
Tanpa ibu dan ayah,siapalah kita hari ini…

Tanyalah pada diri kita sendiri…..
Apakah yang kita lakukan untuk membahagiakan ibu dan ayah kita….
Apakah kebaikan yang kita lakukan untuk ibu dan ayah kita….
Sedar tak,ada diantara kita yang sentiasa menyakiti hati ibu dan ayah setiap hari….
Kita lupa siapakah yang melahirkan kita….
Kita lupa siapakah yang bersusah payah membesarkan kita…..
Kita lupa siapakah yang bersusah payah mencari rezeki untuk kita….
Kita lupa segala-galanya…..

Juga tanyakan pada ibu dan ayah…
Apakah yang ibu dan ayah harapkan dari kita….
Adakah wang ringgit ataupun harta tinggi menggunung…
Mesti jawapan ayah dan ibu….
Jadilah anak yang soleh dan solehah….
Yang boleh mendoakan untuk ibu dan ayah…
Ibu dan ayah perlukan doa dari anak yang soleh dan solehah…
Yang boleh mengiringi ibu dan ayah….
Apabila ibu dan ayah melangkah kealam barzakh nanti….
Ya,doa dari anak yang soleh dan solehah….
Di antara 3 perkara yang akan mengiringi ibu dan ayah ke alam barzakh….
Bukanlah emas permata,wang ringgit mahupun harta menggunung…

Renungilah Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam:
“Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”
(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)

Bila ibu dan ayah ada depan mata kita…..
Kita buat endah tak endah aje…..
Kita sakiti hati dan perasaan mereka…
Kita biarkan air mata ibu dan ayah mengalir kerana kita…..
Hati ibu kita lukai…..
Hati ibu kita calarkan….
Ibu menangis kerana kita…..
Ayah memendam rasa kerana kita…..
Rajuk hati ibu dan ayah tiada siapa pedulikan….
Rajuk hati kita…kita nak kan belaian dan perhatian….
Rajuk hati ibu dan ayah kita biarkan….

Andai ibu dan ayah tiada lagi….
Tiada lagi tempat untuk kita menumpang kasih sayang…..
Tiada lagi tempat untuk kita mengadu….
Hilang segala-galanya…..
Hari ini kita mampu lagi ketawa….
Mungkin hari esok kita hanya mampu menangis….
Menangis nasib diri yatim piatu…..
Menangis mengenangkan dosa kita pada ibu dan ayah…..
Menangis menyesali apa yang berlaku…..
Ingatlah…tangisan kita sudah tidak bermakna lagi….
Siapa yang boleh menduga takdir ALLAH..

Hargailah ibu dan ayah semasa hayat mereka masih ada…..
Ibu dan ayah….maafkan kami anak-anakmu…
Cinta,kasih,sayang dan rindu kami buatmu ibu dan ayah...

Ibu dan ayah…..



Tersemat kukuh dalam hati kami anak-anakmu.



RENUNGAN



Ujian yang menimpa tanda Allah sayang.Bersabar dan sentiasa menyebut "Alhamdulillah".
InsyaAllah,ada hikmah disebalik semua itu.


Rabu, 26 Mac 2014

MUHASABAH DIRI





Umur semakin meningkat
Kematian semakin dekat
Perbanyakkan amal ibadat
Untuk bekalan ke akhirat.

Mati itu pasti

Tiada tarikh,waktu mahupun hari
Esok lusa atau hari ini
Tidak diketahui sama sekali.

Rumah kata pergi

Kubur kata mari
Bersediakah saudara dan saudari
Tinggalkan dunia ke alam abadi.

Mati itu pasti

Tanpa mengira waktu dan hari
Tanya pada diri
Apakah amalan sudah mencukupi.

Hidup hanya sementara

Usahlah sombong dan berbangga
Hari ini kia ketawa
Mungkin esok kita berduka.

Apa yang dimiliki kita

Allah pemiliknya
Tepuk dada tanya selera
"Apa yang aku ada".

Dunia hanya sementara

Akhirat kekal selamanya
Moga Allah redha
InsyaAllah berkat selamanya.


Sabtu, 5 Oktober 2013

KASIH SAYANG IBU

Ibu,
Ampunkanlah anakmu ini
Andainya anakmu menyakiti hatimu
Walaupun salah anakmu cuma sedikit
Tanpa maafmu hidup anakmu sengsara.

Ibu,
Bila malam menjelma
Lenamu begitu mengasyikkan
Tanpa kau sedari
Perlahan-lahan ku tatap matamu.

Ibu,
Tak dapatku bayangkan
Andai mata itu tak akan terbuka lagi
Bersemadi selama-lamanya
Bersama dengan jasadmu.

Ibu,
Ku sedar akan salah dan silapku padamu
Terkadang aku sengaja menyakiti hatimu
 Aku memberontak,andai apa yang ku hajati tak tercapai
Ikut segala hasutan iblis.



Ibu,
Ampunkan salah dan silap anakmu ini
Aku takut azab yang menantiku di akhirat kelak
Takut sangat,tanpa maaf darimu,ibu.

Ibu,
Ku sedar tanpamu siapalah aku
Tanpamu juga tak mungkin
Aku dapat menikmati hidup
Di bumi yang sementara ini.

Ibu,
Pergorbananmu tak terbalas olehku
Biarpun dengan harta melimpah ruah
Dengan wang ringgit tinggi menggunung
Mahupun dengan nyawaku sendiri.

Ibu,
Kasih sayangmu tak berbelah bahagi
Kasih sayangmu sama rata
Kasih sayangmu luhur
Tanpa membezakan sesiapapun

Ibu,
Ampunkanlah anakmu ini
Ampunkan salah dan silapku terhadapmu
Aku menyesali apa yang ku lakukan
Ku sedar syurga di bawah telapak kakimu ibu.

Ibu,
Aku bersyukur sangat-sangat
Memiliki seorang ibu yang penyayang
Sabar dengan setiap kerenahku
Sabar melayani kehendakku
Biarpun terkadang hatimu di lukai
Namun kau tetap bersabar.

Ibu,
Tutur katamu bagaikan irama mengalunkan lagu merdu
Bahasamu indah bak mutiara di dasar lautan
Cekal hatimu umpama laut yang tak pernah kekeringan
Sabarmu tiada mampu ku tandingi.

Ibu,

Engkaulah ratu hatiku.


Sabtu, 1 Disember 2012

TERIMA KASIH MAK,TERIMA KASIH AYAH.MAAFKAN ADIK.



Mak aku suka berleter.Hari-hari dia berleter.Kadang-kadang aku tertanya-tanya sendirian,tak jemukah dia berbuat demikian.Tapi bila aku imbau kembali,leteran mak semuanya untuk kebaikan aku.Cuma aku sahaja yang tak boleh menerimanya.

“Adik solat,dengar azan tak.Jangan buat tak dengar pula,dah masuk waktu ni”,mula-mula perlahan aje suara mak.

“Kejap…kejap…kejap”,aku masih dengan  sikapku yang suka berlengah.

“Solat…”,mak mula meninggikan suara.

“Nanti adik buatlah,bukan adik tak buat langsung”,jawabku.

Itulah sikapku,sukar untuk dihakiskan dalam diriku.Aku memang suka bertangguh dalam membuat sesuatu perkara baik dalam solat atau apa sahaja.Itulah yang menjadi punca leteran mak untukku setiap hari.

“Kenapalah mak ni suka berleter,bising aje”,setiap leteran mak,aku anggap sebagai mengganggu ketenteramanku.

“Mak tak pernah pun suruh anak-anak mak buat benda-benda yang tak baik.Mak suruh solat,mengaji Al-Quran.Semua itu untuk kebaikan diri masing-masing”,kata mak.

Dengan leteran mak setiap hari,membuatkan aku tak betah duduk kat rumah.Bila cuti sekolah menjelang,aku lebih suka ke rumah mak saudaraku.Aman sikit,taklah kena dengar leteran setiap hari.

“Bila ajal menghampiri,malaikat maut tak akan dengar cakap kita.Tak ada perkataan kejap…kejap…kejap.Siapa kita dengan malaikat”,mak selalu berkata begitu,bila aku suka bertangguh dalam mengerjakan solat.

Dalam keluargaku,Cuma aku sahaja yang bersikap sedemikian.Dalam 24 jam sehari semalam,5 kali (Subuh,Zohor,Asar,Maghrib dan ‘Isyak) juga aku akan mendengar leteran mak.Memang wajib setiap hari mak akan berleter di antara 5 waktu tu,di tambah lagi dengan suka bangun lewat bila cuti sekolah menjelang.Kadang-kadang sikap bertangguhku itu menguji kesabaran mak.Aku tetap melengah-lengahkan waktu solatku.

Bila mak hilang kesabaran,memang sakit tubuh badanku di kerjakan oleh mak.Mak kata lebih baik aku dihukumnya kat dunia sebelum aku menerima hukuman di alam barzakh.Ngeri juga aku bila membayang azab yang bakal aku terima akibat sikapku yang suka melengah-lengahkan waktu solat.

Aku bukannya tak tahu,solat 5 waktu wajib bagi setiap umat Islam.Solat juga tiang agama dan solat juga mencegah kemungkaran.Semuanya aku tahu,tapi aku tetap tak boleh kikis sikapku yang suka melengah-lengahkan waktu solat.

Kadang-kadang mak dan ayah aku peerdengarkan aku firman-firman Allah SAW dan sabda-sabda Rasulullah SAW,mengenai kewajipan solat 5 waktu.Antaranya ialah:

Allah berfirman dalam surah Hud ayat:114 yang bermaksud:
“Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat”.

Firman ALLAH dalam surah Taha ayat:132:
“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa”.

Rasulullah  Sallallahu ‘Alaihi Wassalam juga bersabda:
“ALLAH telah berfirman,Aku telah memfardukan ke atas umatku solat lima (waktu).Aku sungguh-sungguh telah berjanji dengan diriKU  bahawa sesiapa yang menjaga solat tepat pada waktunya maka AKU bertanggungjawab untuk memasukkannya ke dalam syurga.Sebaliknya bagi sesiapa yang tidak menjaga solat  AKU langsung tidak bertanggungjawab ke atasnya”.
(Riwayat Imam Abu Daud,Ibnu Majah dll).

 Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam:
“Sesiapa yang menjaga solah maka pada hari kiamat,solatnya akan menjadi nur,pembela dan penyelamatkan baginya.Sesiapa yang tidak menjaga solatnya,tiadalah baginya cahaya,pembela dan penyelamat.Pada harii kiamat,dia akan bersama-sama Firaun,Haman dan Ubai bin Khalaf”.
(Riwayat Iman Ahmad dan Ibnu Hibban)



Mak dan ayah juga ada perdengarkan untukku balasan orang-orang yang suka melengah-lengahkan dan meninggalkan  waktu solat.Antaranya ialah:

Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Jangan melambat-lambatkan dalam tiga perkara.Pertama:solat,apabila telah masuk waktunya.Kedua:pengebumian mayat,apabila jenazah sudah disiapkan.Ketiga:mengahwinkan seorang wanita,apabila jodoh yang sesuai sudah didapati”.

Sabda Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam:
“Seseorang yang meninggalkan solat sehingga terluput waktunya,kemudian menqadakan solat itu maka dia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub.Satu huqub adalah sama dengan lapan puluh tahun.Satu tahun mengandungi tiga ratus enam puluh hari (di akhirat) adalah sama dengan seribu tahun (di dunia Ini).

Sesetengah ulama berkata bahawa terdapat dalam hadis,sesiapa yang menjaga solahnya maka ALLAH akan mengurniakan limakeistimewaan.
1.Akan diangkatkan kesempitan hidup di dunia daripadanya.
2.Akan dihindarkan daripada azab kubur.
3.Dia akan menerima buku catatan amalnya melalui tangan kanan.
4.Akan melintasi titian sirat sepantas kilat .
5.Akan memasuki syurga tanpa hisab.

Sesiapa meringan-ringankan solat,lima siksaan didunia ini,tiga siksaan di dalam kubur dan tiga siksaan semasa dibangkitkan dari kubur.

Siksaan semasa di dunia:
1.Dicabut keberkatan umurnya.
2.Dihapuskan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya.
3.ALLAH tidak mengganjari setiap amalan yang dilakukan olehnya.
4.Doanya tidak akan diangkat ke langit (doanya tidak akan diterima).
5.Dia tidak akan mendapat bahagian dalam doa orang soleh.

Siksaan yang menimpanya ketika mati ialah:
1.Dia akan mati dalam keadaan hina.
2.Dia akan mati dalam keadaan  lapar .
3.Dia akan mati dalam keadaan dahaga,sehingga jika dia diberi minum air sebanyak lautan di dunia pun tidak akan dapat menghilangkan hausnya.

Siksaan yang akan menimpa ketika di dalam kubur ialah:
1.Kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuknya berceragah antara satu sama lain.
2.Api dinyalakan di dalam kuburnya dan dia akan dibalik-balikkan di atas bara api siang dan malam.
3.Seekor ular yang besar bernama “Ashsyuja ‘ul-Aqra’ “ akan dilepaskan ke atasnya.Kedua-dua mata ular itu dibuat daripada api dan kuku ular itu dibuat daripada besi.Panjangnya setiap kuku ular itu sejauh satu hari perjalanan.Ular tersebut akan berkata dengan suara yang gemuruh seumpama petir, “Aku Ashsyuja’ul-Aqra.Aku diperintahkan oleh TUHANKU supaya memukul kamu kerana kamu meninggalkan solat subuh sehingga naik matahari,kerana meninggalkan solat solat zuhur hingga asar,kerana meninggalkan solat asar hingga maghrib,kerana meninggalkan solat maghrib hingga ‘isyak,kerana meninggalkan solat ‘isyak hingga subuh”.Setiap kali ular itu memukulnya,dia akan terbenam ke dalam bumi sejauh tujuh puluh hasta.Dia akan diazab berterusan di dalam kubur sehingga hari  kiamat.

Manakala siksaan yang akan menimpanya ketika dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat dipadang mahsyar ialah:
1.Penghisabannya amat berat
2.Dia dimurkai ALLAH.
3.Dia akan dimasukkan ke dalam neraka.

Ya ALLAH ngerinya.takut untuk aku menghadapinya.Mendengarnya dah pun ngeri.tambahlah untuk menghadapinya.Bertambah lagi kengeriaannya.

“Mak,adik minta ampun,adik janji takkan tinggal dan lewat-lewatkan solat lagi,sesungguhnya adik takut akan siksaan Allah .Terima kasih mak,terima kasih ayah”.

Leterean mak selama ini adalah untuk kebaikan diriku jua.TERIMA KASIH MAK,TERIMA KASIH AYAH.MAAFKAN ADIK.